Kolej Komuniti Kuala Kangsar
Kolej komuniti adalah sebuah daripada institusi pendidikan awam yang terletak dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (sebelum ini di bawah Kementerian Pengajian Tinggi). Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran. Kolej komuniti Kuala Kangsar terletak di Bandar Kuala Kangsar yang terkenal dengan Bandar Di-Raja. Kolej Komuniti Kuala Kangsar menawarkan Kursus Diploma Patisserie Dan Kursus Sijil Pastri untuk pengajian sepenuh masa. Bagi kursus Jangka Pendek ( Pedidikan Sepanjang Hayat -PSH ) kami menawarkan belbagai kursus Pastri, Komputer dan Masakan timur dan barat. Kursus Pendek di Kolej Komuniti bolej dijalankan pada hujung minggu ( Sabtu & Ahad ) atau sepnjang minggu Isnin - Jumaat. bayaran kursus pendek serendah RM 5.00. |
|